Thursday, January 5, 2012

Bukan ini pintaku!

Salah ke aku nak luahkan apa yang aku rasa? Salah ke aku nak luahkan apa yang aku pendam? Kenapa buad aku rasa diri aku macam anjing?! Menyalak menyuarakan ketidakpuasan hati, seksa hati, kecil hati, dan rentan hati.. Sedangkan tak siapa hirau. Langsung tiada erti.. Tak ubah seperti sampah yang tak berguna..

Aku tak pernah mintak untuk orang selesaikan masalah aku.. Aku tak pernah mintak orang simpati dengan aku.. Cukuplah ada disisiku.. Dengar jeritan batinku.. Dengar ratapan ronta hati.. BUkan cacian, hinaan mahupun kutukan yang aku minta.. Cukup sekadar ucapan "sabar'.. Andai tak mampu juga.. Cukup sekdar senyum tanpa kata.. Buatkan ku rasa yang aku masih punyai insan yang benar-benar memahamiku sekalipun tidak..

Lontaran hatiku bukan diminta untuk jatuh ke tanah. Sambutlah meski dengan sebelah tangan.. Ucapkanlah kata hikmah.. Buktikan tiap bait kata janji bahawa memahami sikapmu.. Jangan bandingkan aku dengan yang lain. Sesungguhnya aku tak mampu menyaingi semuanya.. Aku tak mampu memenuhi kehendak semua.

Hargailah butir langkahku.. Bukan zarah khilafku kau megakan. Usah musuhi aku. Usah benci aku. Secalit benci tak pernah kekal dihatiku. Usah hukum ku begini lagi. Aku tak sanggup lagi. Aku bukan anjing. Aku mungkin anak kecil yang baru meniti butir bicara.. Meminta difahami tiap bait katanya.. Bukan dibiarkan meniti kata nista pada garis bibir manis.

Hati kecilku tak pernah berhenti menangis.. Nyata, tiada manusia menyukai setiap yang manusia lain lakukan. Dalami erti bait ini. Selamkan dirimu di dasar kata-kata ini., Setiap insan punya kelemahan sendiri.. Dan kelemahan diminta untuk dibaiki bukan dicaci. Ujarkan buah fikiranmu dengan keselarian akal. Logiknya ia, serta hakikatnya. Bukan hati mu landasan utama. Sebaliknya minda mu lapangan limpahan kewajaran.!

p/s: tak minta dipuji mahu dikritik.. Cukup sekadar ucapan bernas yang mampu menyentuh nubari insan kerdil itu!

Friday, December 30, 2011

Episod Akhir Tentang Dhia...


Fenomena oh Fenomena... Bermula jam 8.oo malam tadi... Laman sesawang Facebook kite telah kecoh dengan status-status yang di hupdate oleh pelayar internet negara. Semuanya berkisarkan tentang drama Tentang Dhia. *ayat macam poyo!

Memang tak dinafikan drama tu memang sedap. Menurut pemerhatian aku lah. Itu pun bila aku tengok tadi for the 1st time... HAHAHHA... Kesian kan? Baru 1st time tengok dah episode akhir pun. Kiranya itu pengalaman aku yang pertama dan yang terakhir lah.. keh keh keh...

Tidak dinafikan jugak.. Ending dia sangat lah sweet. Even mati pun sama-sama kan.. Itulah yang kita panggil sehidup semati.. Gua tacing bro... But tak nangis lah kan... Memang tak lah nak nangis... Aku tengok Ombak Rindu pun tak nangis.. Tapi sedak gak tengok awek sebelah ber-iya benor menangis... Siap guling-guling lagi.. *oke tipu!

Aku tak berani nak komen panjang-panjang sangat pasal drama nih sebab aku tak tengok keseluruhan jalan cerita beliau.. BUt, melihat pada ending dia sangat terbaik lah kan.. Compared to Ombak Rindu, ending Tentang Dhia lebih masyukkk... Jalan cerita aku tak berani nak komen... Kalau komen lebih-lebih nanti orang kutuk lak kan...


p/s: drama melayu sekarang dah banyak kemajuan gak... Ending dah tak klishe.. LOL

Wednesday, December 28, 2011

Nafas Baru.

Assalamualaikum...

okeyh! Entry nih bukan nak cakap pasal aku berhenti merokok or what so ever... By the way, aku tak merokok pon. So, kepada musuh-II En. Deen diluar sane... Janganlah anda nak buad spekulasi yang tidak berasas lagi.. *Hot sangat ke kau? HAHAHHA..

OKE! Aku makin kekok nak berblogging!

Sumpah, rindu gila babek nak menconteng blog aku yang tenang berkaler hijau nih... But, kesibukan dunia senagt jeles dengan aku... Sampai aku takde mase nak contengkan blog nih... Facebook je yg sempat...

Dikesempatan ini jugak, aku nak wish berjuta-juta TERIMA KASIH sebab setia menjadi follower aku.. Walaupun dah berbulan aku tak hupdate blog... keh keh keh.... 1st aku bukak balik blog nih, aku hanya terpikir yang follower kental aku dah susut... ATau mungkin dah takde terus... Unfollow ke, hilang ke, deactivate ke.. Kah kah kah kah.... But, once aku dah bukak balik... HOMAIGADDDDDD... STill remain same... Terharu sungguh!

Oke! Kekok lagi nak berblogging!

And as usual, aku hilang idea... Ape aku nak tulis nih???? erk....... Sambung entry lain kali lah.... Ok bye!

p/s: Sawang memang banayk kat blog nih... syuh2 labah2... LOL


welcome back Pictures, Images and Photos