Tuesday, January 25, 2011

~kesiAn~

Salam blogger... huhuh.. Dah lama aku tak blogging kan?? hehehehe... Malas lah.. Sungguh! Malas betul... Mula-mula memang malas... Tapi, sejak dua hari nih aku semakin busy, maka kemalasannya tu meningkat tahap high level lah.. huhuh... Tapi, baru-baru nih aku ade dengar salah sorang follower dan pembaca+peminat blog aku kena histeria.. Betul ke?? Ish.. Janganlah macam nih.. Kenapa korang tak jaga kesihatan nih?? Tak sayang aku ke?? Kalau korang tak pikir pasala aku sekalipun, tolonglah pikir pasal family korang yang memang memerlukan korang lagi.. huhuh... Yang lebih aku kecewa, 'follower' tu telah diserang penyakit itu kerana bekiau terlalu merindui untuk stalking blog aku.. Disebabkan aku tak blogging, dia kecewa terlampau sangat... Dia menangis sepanjang hari sapanjang minggu.. Kesian kamu lah.. Aku rasa, tak perlulah aku sebutkan namanya disini.. Ini untuk kebaikan dia dan aku jugak.. Aku tanak memalukan dia... huhuh... Oleh itu, aku pun terpaksa merajinkan diri untuk berblogging agar takde lagi penyakit-penyakit pelik menyerang 'follower' aku.. *konon.. hahha

Bercakap pasal busy tadi.. Seriously, aku memang sangat sibuk kebelakangan nih.. Huhuhuh... Entahlah, mungkin akan ambil masa lama untul kesibukkan nih hilang kutt. heheh.. Sebenarnyam aku sudah mula bekerja pulak di siang hari... Nah kaw~~... Siang makam kerja, memang bagus aku nih.. hahaha.. * Masuk bakul angkat sendiri.. hehhee... Yeah.. aku bekerja.., Malas lah nak explain pepanjang pasal kerja baru aku.. huhuh.. Cukuplah korAng semua tahu yang aku bukan tak update sebab malas,,... tapi, kerana kesibukan yang melanda tahap gabanalagapas... huhuhuh....

Yea.. Aku rasa cam tak cukup rehat.. Huhuhuh... Pagi-pagi dah bangun untuk pergi kerja.. Then balik, kena prepare untuk burger pulak.. Oh yeah!! burger tidak dilupakan.. Marilah beli burger saya... *promote jap.. hehhehe... Malam tutup burger,, terus tidur.. Memang 'lepak' betol.. huhuh... Pencari wang tegar aku nih.. hahhahah.. Nak buat ape duit banyak-banyak pun tak tau.. huhuh.. Kaya tak jugak.. Kayap pun tak jugak.. hahhaha.. Pokai jugak.. huhuhu... Takpe, usaha kena double baru hasilnya masyuk... huhuh...



p/s: nak hp baruu!!! huhuhuh.....

Tuesday, January 18, 2011

7 Aktiviti Dikala Hujan

Salam bogel blogger semua.. huhuh.. Pekabar? Sure sihat nih kerana aku sentiasa mendoakan kesihatan korang... Baik kan En.Deen nih?? Memang sangat baik.. hwe hwe hwe... Oke.. Hari ni, entry En.Deen berkaitan pendapat aku sendiri.. Oh yeah!! Terbaik lah.. kah kah kah.. Memandangkan aku dah lama tak update entry baru kan? So, aku pun pening-pening membelah roti burger nak cari idea update blog.. *tak paham?? aku pun.. hahahha... Tibe-tibe abang ipar aku menjadi baik hati pulak hari ni, bagi idea untuk entry aku kali nih... Selalu dia kutuk-kutuk jea kerjaya aku sebagai blogger amatur negara,,.. keh keh keh... *harem~~~ justeru itu, aku nak kongsi sikit lah 7 Aktiviti yang seronok dilakukan sewaktu hujan.. Almaklumlah, Pantai Timur Malaysia kan sedang dilanda musim tengkujuh... Maka, kepada penduduk di sana, boleh ambil entry aku untuk panduan hidup ye.. *sure keparit.. hahaha

Nih dia... heheh:

1. Tidur.
.


Tempat pertama carta kali ni kompem lah tidur..,. Musim-musim hujan cam gini, lau dapat tidur dengan hanya berbekalkan boxer sungguh seronok... Tambah pulak dengan ulitan selimut tebal dan kipas dengan kelajuan medium... Perghhhh~~ memang ter'naik'lah.. hahahha... Layan setim je an... Lagi.. TApi, kalau untuk gugurl, aku tak sure lah gaya macam mana yang paling ideal untuk korang tidur dikala hujan nih... huhuhuh...Mungkin berbikini? baju tidur? jubah?? atau baju kelawar?? ahhahaha

2. Makan makanan panas..

Lagi satu... sumpah sedap aktiviti nih... Fuhh... Memang berdiri bulu kaki lau buat nih.. BAyangkanlah, dalam cuaca sejuk gini, korang menikmati makanan yang baru siap dimasak... eehhh!!! memang best lah.. Pulak lagi, makanan tu masih panas dan berasap berkepul-kepul... nah kau... memang kebal lah lidah kau pas ni..

3.Golek-golek bersama cik 'golek'..

Lagi lah best.. Musim sejuk + hujan cam ni, nak buat aktiviti outdoor memang terhad lah.. Mungkin tak boleh kutt... so, Bergolek-golek atas tilam yang empuk adalah pilihan terbaik... huhuhu... Memang nikmat lah.. pulak tu dapat berpeluk-pelukan dengan cik 'golek' yang rela diperlakukan ape sahaja?? Sampai berair kau.. hahah. *air liur basi...

4.Mandi Hujan...

Seronok juga aktiviti ni.. Tapi, selalunya, aktiviti ni dilakukan oleh kanak-kanak berusia 7-13 tahun... Kerana mereka suka lah.. hahahha.. Jarang lah aku nampak orang tua-tua main hujan tak pasal-pasal depan rumah kan.. Walaupun aktiviti ni nampak macam bangang je kan.. Tapi, seronok juga sebenarnye.. Especially bagi orang-orang tua bangka tu.. Korang boleh mengimbau kenangan nostalgia silam masa lalu zaman kecik kecik dulu.. mungkin zaman lari-lari itik dengan gelpren atau bopren... haaaaa,... romantik betoll!!! Tapi, jangan main selalu nanti demam... huhuh

5. Gali parit!!

Hah kau.. jangan pelik dengan nama aktiviti nih.. Memang 'seronok' betul lah aktiviti nih.. Selalunya yang berpeluang untuk menjalankan aktiviti ni ialah penduduk kampung.. Haaaa.... almaklumlah, sesetengah mereka tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna, jadi inilah akibatnya... Bila hujan, banyak sangat 'tasik'... Terpaksa lah gali parit sendiri untuk buat aliran air.. huhuh... Aku memang selalu buat nih kat rumah... best wooo.... Hujan-hujan nih buat aktiviti yang mengeluarkan peluh walaupun korang takkan dapat bezakan peluh dengan air hujan.. kah kah kah

6.Termenung..

Hah.. Pada yang suka berangan, waktu nih memang sesuai sangat.. Termenunglah korang sampai menangis,.. hahaha... Waktu hujan cam ni, apa lagi boleh buat?? Termenung pun oke.. heheh... Mengenang balik waktu korang 'ringan-ringan' dalam hujan dulu, tidur tepi dapur gas, dan macam-macam lagi lah... huhuh

7. Menyanyi..

Boleh sangat kalau nak menyanyi masa hujan... Lagipun, cuaca hujan.. Tambah pulak dengan bunyi bising Air hujan yang menghentak bumbung rumah korang, so tak dengar sangat lah suara sumbang korang tu.. kah kah kah.. Menyanyi terlalak-lalak, karok, k-box, semua bole... KAlau terer sangat, lawan lah bunyi guruh di langit.. Silap-silap korang kene sambar petir.. hwe hwe hwe...


Photography Pictures, Images and Photos
p/s: ikut lah kalau suka.. hehehehhe

Thursday, January 13, 2011

~ BahAsa JiWa BanGsa~

Salam blogger semua.. Sihatlah hendaknya.. Hari ini En.Deen berblogging lintas langsung dari Auditorium Gerai Burgerdeen.. heheh.. Lintas langsung kau! Ingat hape?? Fakkk tuih.. Ingat power sangat ke gerai burger kau tu deen?? haaa?? piiiiraahhhh!!~~~ sob sob sob... Ternyata kutukan itu untuk diriku sendiri.. huahuahuahua.. Memang tak power pon.. aku akui.. Kalau power takkan la sampai tade satu pun umat manusia beli burger aku.. TAk menyesal ke tak beli?? kah kah kah,.. Bajet bagus je kan... hahahah...

Oke2.. Cukup lah mukadimah itu.. Ternyata merepek je lebih.. kah kah kah.. Dah tu takde kene mengena dengan tajuk entry aku.. keh keh keh keh.... Actually, entry kali ni atas dasar ketidakpuasanhatikutahapgaban...Haaaa gitu.. memang bengang tahap bangang lah.. Seorang hamba Allah nih telah mencabar kredibiliti aku sebagai pencinta BAHASA MELAYU... Pehal kau?? HAaa yang tu.. Yang sengih-sengih tu?? Gigi jarang nak sengih kutuk semangat patriotik aku,..Sepak lelaju nak?? Kalau tak nak diam jea...


Oke. Balik kepada cerita sebenar.. Petang tadi, aku telah bergayut dengan salah seorang manusia yang penting dalam hidup aku.. *ramailah orang penting dalamn hidup aku... Awek sorg je.. heheh... Kemudian, entah bagaimana, perbualan kami terkeluar topik dan memasuki topik mengenai bahasa,.. Dia ni sibuk mempertikaikan Bahasa Melayu.. Katanya Bahasa Melayu terlalu banyak menggunakan kata pinjaman malah seakan melabelkannya sebagai BAHASA PINJAMAN.. perghhhh!~~~ menyirap jantung, otot, darah merah dan putih, prostat, limpa, hati, paru-paru dan organ-organ lain.. Maka, berlakulah sedikit perdebatan sihat.. Sihat lah tu.. hwe hwe hwe...

Aku bermati-matian membela bahasa bangsaku.. huhuh.. terharu tak?? silakan!! Semangat gilos aku masa tu.. Sehingga terpaksa meninggikan suara demi mempertahankan hujah aku... Fullamak~~ Memang aku cantas segala hujah-hujah dia.. Haaaaa amik kau...Cari pasal dengan aku lagi.. keh keh keh keh... Boleh pulak dia kata bahawa Bahasa Melayu nih Menciplak bahasa lain.. WT**** Geram gila babas aku.. Contoh nya perkataan 'Memori' yang diciplak dari bahasa inggeris 'Memory'.. PErghhhh~~~ sekali lagi aku menyirap... Itu bukan ciplaklah.. Itu pinjaman.. Perkataan itu dipinjam menjadi salah satu kosa kata bahasa melayu.. Kalau diciplak kita akan tiru 100%.. Contohnye ejaan dia.. Kita akan tiru dengan maksud yang sama... Maksud pun berbeza kan?? Kerana bahasa Inggeris boleh punyai bayak maksud untuk sesatu perkataan kan?? contoh 'memory card' kau nak kata kad ingatan?? tak kan?? dalam BM dipanggil kad simpanan@memori.. maksudnye, BI tu masih ade kelebihannya walaupun BM pinjam Perkataannya... Tak paham?? Abaikan..

Banyak lagi aku nak explain sebenarnya tapi malas lah pulak.. heheheh... yang penting, bahasa Melayu tetap punyai identiti sendiri dan akan terus berkembang seiring minda masyarakat melayu hari ni.. *walaupun masih ade yang kolot.. Bila berkembang, maka terhasillah istilah-istilah baru yang mungkin di INSPIRASIKAN dan Bukan DICIPLAK... Mungkin dasarnya sama.. Namun, orang melayu ni kan kreatif, maka merekea olah perkataan dasar itu menjadi perkataan baru yang lebih bombastik.. Contohnya 'memorabilia' yang dasarnya dari 'memori' juga.. Tuntasnya, Bahasa Melayu perlu terus berkembang seiring pembangunan modal insan dan kemajuan negara.. Barulah kita boleh terus memartabatkan bangsa MELAYU tanpa ada pincangnya... Tapi, masyarakat hari ni susah nak terima pembaharuan dari sudut yang positif.. Malah, terus mengkritik dan mengkritik,.. Kemudian, bila tak ada pembaharuan, maka keluar juga kritikan dan caci maki hina buat pihak tertentu yang kononnya mengabaikan kepentingan anak bangsa sendiri.. Walhal, mereka sendiri yang kolot.. Bak kata peribahasa diluah mati emak, ditelan mati bapak.. kesian pihak-pihak tertentu...

p/s: entry ni bukan berbentuk perkauman@politik...

Sunday, January 9, 2011

~Sab To0 dan Ah Had~

Yeah.. Sab too dan Ah Had atau lebih mudah difahami Sabtu dan Ahad.. keh keh keh keh... En Deen sengaja eja begitu untuk menarik perhatian retina mata kalian.. *apekah?? hwe hwe hwe... Oh yea, apa kabar blogger sekalian? Sihat dak?? Kalau dak sihat, sihatkanlah yer... Sebenarnya, hari-hari yang dinyatakan di atas itu ternyata menyakitkan hati aku serba sedikit... Eh tak.. Serba sebanyak mungkin jugak... Alahai, korang pilih la mane-mane yang sesuai... *mula merepek da...

Sebenarnya, aku telah ke Sekolah Menengah Memandu Mersing pada kedua-dua hari tersebut.. Tujuan? Jual ikan lah!!! Belajar memandu lah.. pun nak tertanya-tanya ker??? bongok gak ek kau.. Eh sabar... Bukan kau, tapi kau tu, haaa dia lah.... *erkk.. Erm oke.. sebab musabab hati aku sakit pada hari tersebut dan kaitannya dengan tempat terbabi terbabit ialah kerana beberapa perkara lah... *macam keling jea ayat.. kah kah kah...

Oke, Sabtu Lepas aku pergi ke sekolah tu dengan segunung harapan untuk menimba ilmu memandu kereta... *nah kau ayat... Kerani sekolah tu pesan kat aku dengan nada yang begitu angkuh bahawa aku perlu sampai kat sekolah tu pukul 8.30 pagi.. Haaaa kau... pagi kudd.... Oleh kerana aku nih jujur sangat kan, aku pun bangun lah seawal mungikn sabtu tu.. Setelah puas berdandan, aku pun keluarlah rumah dengan cerianya.. Happy lah sebab na pegi buat Pra-L kereta... nanty boleh amik lesen P kereta pula... haaa gitu... keluar je umah aku terus ke bank untuk merompak men'cucuk' duit kat ATM tu.. hehhe... Tibe-tibe perut rasa lapar, depan bank ade kedai runcit.. aku pun beli lah roti+nescafe tin sebagai bekalan.. Kononnya supaya aku ta ngantuk masa ceramah 3 jam tu,... hwe hwe hwe... TAPIIII... Tokeyh kedai tu memang gampang lah... die bole buat donno je aku nak bayar... pergh... nyirap je minda kelas pertama aku nih.. Rasa macam nak pijak-pijak je tapak kaki tokey tu... dah 15 minit aku berdiri cam patung baru dia amik duit aku... Celaka punya tokeyh... Lu spoilkan mood pagi gua yang ceria tau???

Aku pun terus menunggang kuda motosikal ke sekolah tu.. sesampai disana tengok jam baru 8.15.. cett... Awal lagi upenye... Tapi, sekolah tu tak bukak lagi.. samdol lah.. Suro datang 8.30, tapi 8.30 baru bukak?? nak suro pelajar bukakkan pintu ke apa?? mangkok tandas betul.. Tak lama lepas tu, sekolah tu pun di bukak... nah kau queue die panjang nak mampus,.. ade dalam 498 KM.. *oke tipu.. panjanglah.. sampai terkeluar dari pintu utama barisannya... Aku terus moody lagi... bencilah beratur panjang-panjang.. Berdiri cam patung mainan.. ish,. ta suke paham??? So, aku buat keputusan untuk tunggu je dlu.. tapi, makin lama, line makin panjang.. beratur jelah.. sambil tu, aku makan bekalan aku tadi.. orang ramai pandang semacam jea.. kesah apa aku?? Kalau aku koma kebuluran kau nak jawab?? Baik buat ta tau jea... kih kih kih..

Dalam 9.30 aku dpt daftar... lama nak mampus beratur... BODOH!! Masuk dewan... DAmn it~~ tak de member.. jadi kera sumbang lah aku.. 3 jam ceramah sungguh bosan+ngntuk... *nescafe kaww tak berkesan...Cikgu buat lawak tak kelakar langsung.. makin bosan jadinya... Kul 12 keluar dewan bedah kuliah tgu nak amik practice bawak kereta pulak.. Sekali kerani tu cakap dengan nada yang angkuh, bahawa aku kena datang esok... sambung Pra-L lagi 3 jam,.. Eh kau.. dah la cakap nak marah-marah pastu suro org datang ikut time die... Ta kira lah aku ade keja ke tak?? BONGOKKKK~~~ Aku pun balik dengan bengangnye...



AHAD PULAK....

Aku ke sekolah tu lagi... kali ni tepat 8.30 aku sampai.. *tak serik... dari jauh nampak sebijik kereta yang sangat comel dan dikenali... kah kah kah... Tidak syak lagi, kerata En ABU BAKAR... Bapak ANISS.. (kelik nama) Ceh.. ade geng lah.. aniss ade gak TAPI.. die baru nak dgr ceramah Undang-undang... so, takkan jumpa aku.. kui kui kui... sekali lagi barisan panjang berjela... Tapi, aku potong je... hahahahahaha... jahat tak ??? jahat tak??? hahhahhaha.... Hari nih, kerani lain.. cakap baik sikit... oke lah.. tapi, still dengan muka ketat.. Hampeh... susah sangat ke nak senyum?? hish... jari aku di cop dan aku kena tunggu kat tempat menunggu belajar kereta... Dengan tanpa rasa apa-apa aku pegi.. Sampai sana kau pelik... Kenapa aku melenggang?? Orang lain bawak kertas ape-ape tah.. So, aku pun buat donno jea sebab diorg tak amik Pra-L, so mungkin lain prosuder berbanding aku... Tapi aku pelik lagi.. nanty cam mana cikgu tu nak cam aku ni Pra-L.. Aku baru nak bangun jumpa kerani sewel tu, Fatin pun tegur...

Aku pun cerita segalanya pada fatin pasal semlam dan hari ni... Fatin kata, balik je, nanti pukul 12 datang balik amik IC+cop jari.. Eh gitu??? Tayah belaja nak maen kereta??? Fatin kata lagi yang nanty dah dapat L boleh main kereta tu hari-hari.. huhuhu... Oke.. aku pun blah je... Jumpa mama pegi sarapan.. keh keh keh.. Jumpa pulak MAT, INDRA, dan WAWAN... Lepak kejap bersama-sama mereka yang penat bermain badminton.. bagus bagus bagus... Tepat pukul 12 aku pegi semula sekolah tu dan amik IC n Cop jari... Eh gitu jea?? Kerani tu tak tanya pape... bodo jea.. Buang masa aku jea... kalau setakat gitu baik buat masa hari sabtu tu je... lagi mudah... mangkok puding betul lah.. Aku balik dengan bengang dan marah.. Atas moto aku maki+sumpah seranah+caci+hina etc sekolah tu... membazir masa pelanggan...

p/s: senyum tu kan sedekah... senyumlah bila bekerja.. aku takkan hot tahap maksima kalau kerani tu cakap elok-elok + senyum... tapi, muka dia time tu cam CILA**.. Kalau hempuk kat tangki taik bagus tu..

Thursday, January 6, 2011

PaTot ke BanGgA???

Salam Sejahtera dan Salam Blogger buat semua belogger terhandal di negara Malaysia mahupun luar negara... Tak kesah la kalau blogger antarabangsat antarabangsa yang B.W atau Tertekan buka blog aku nih paham ke tak ape yang aku tulis... Kalau tak paha, sila translate sendiri... hwe hwe hwe... Oh yea.. Di kesempatan ini En Deen nak minta maaf pada semua follower En Deen kerana telah lama tidak update blog hijau nih.. hehehe... Maaf ye.. Bukan tak nak.. cume Malas faham?? hehehe... Even entry untuk tahun baru pun aku ta buat kan?? hua hua hua... aku hanya baca entry org but ta buat entry sendiri... kenapa?? cukuplah dengan entry orang ramai tu... Rata-rata semua blogger tulis pasal New year.. So, kalau aku gak tulis sal new year bosan la kan?? semua blogger tulis bnde yang sama... Baik baca satu blog jea lau gitu sebab semua blogger pun akan sampaikan bnda yang sama... yeah!! cerdik kan En Deen?? keh keh keh... macam gampang je ayat..

oke. street straight to the point k... sebelum aku menulis entry nih tadi, aku dengan kbosannya telah stalking blog aku sendiri.. kah kah kah.. *takde keje lah tu... ahahahha.... tibe-tibe, dalam satu entry aku yang paling latest *sebelum entry nih la.. ade 1 komen bertambah.. keh keh keh,... hati aku mula lah berbunga-bunga cinta layu atas lappy... *keh keh kah... skali aku bkak komen tu nah kau!! bahasa ape die pkai pun ta tahu... mcm mexican pun ade... itali pun ade.. kah kah kah...



  • komen-komen

ta sangka aku ade reader dri obesiti oversea baca belog aku.. FUHHHH... terharu gilebabasalagapas... tah ape die cakap tulis sepatah haram pun aku ta paham!! keh keh keh... Terharu biru aku tengok... wahahahah.... nampak?? itulah kelebihan ICT... orang yang jaoh beribu batu nautica selatan timur dan barat pun bole berhubung nagn kita hanya di hujung jari.. canggih kan?? Tersangat lah canggih... Hari nih, aku lihat ngan mata kepala, hidung, tengkuk, buku lali, rambut, bulu roma aku sendri,... kehebadtannya mmg terserlah lah... heheh.... dasat dasat.. hwe hwe hwe....


p/s: sape tahu mksod komen tuh??? gtau plezz!~