Oke2.. Cukup lah mukadimah itu.. Ternyata merepek je lebih.. kah kah kah.. Dah tu takde kene mengena dengan tajuk entry aku.. keh keh keh keh.... Actually, entry kali ni atas dasar ketidakpuasanhatikutahapgaban...Haaaa gitu.. memang bengang tahap bangang lah.. Seorang hamba Allah nih telah mencabar kredibiliti aku sebagai pencinta BAHASA MELAYU... Pehal kau?? HAaa yang tu.. Yang sengih-sengih tu?? Gigi jarang nak sengih kutuk semangat patriotik aku,..Sepak lelaju nak?? Kalau tak nak diam jea...
Oke. Balik kepada cerita sebenar.. Petang tadi, aku telah bergayut dengan salah seorang manusia yang penting dalam hidup aku.. *ramailah orang penting dalamn hidup aku... Awek sorg je.. heheh... Kemudian, entah bagaimana, perbualan kami terkeluar topik dan memasuki topik mengenai bahasa,.. Dia ni sibuk mempertikaikan Bahasa Melayu.. Katanya Bahasa Melayu terlalu banyak menggunakan kata pinjaman malah seakan melabelkannya sebagai BAHASA PINJAMAN.. perghhhh!~~~ menyirap jantung, otot, darah merah dan putih, prostat, limpa, hati, paru-paru dan organ-organ lain.. Maka, berlakulah sedikit perdebatan sihat.. Sihat lah tu.. hwe hwe hwe...
Aku bermati-matian membela bahasa bangsaku.. huhuh.. terharu tak?? silakan!! Semangat gilos aku masa tu.. Sehingga terpaksa meninggikan suara demi mempertahankan hujah aku... Fullamak~~ Memang aku cantas segala hujah-hujah dia.. Haaaaa amik kau...Cari pasal dengan aku lagi.. keh keh keh keh... Boleh pulak dia kata bahawa Bahasa Melayu nih Menciplak bahasa lain.. WT**** Geram gila babas aku.. Contoh nya perkataan 'Memori' yang diciplak dari bahasa inggeris 'Memory'.. PErghhhh~~~ sekali lagi aku menyirap... Itu bukan ciplaklah.. Itu pinjaman.. Perkataan itu dipinjam menjadi salah satu kosa kata bahasa melayu.. Kalau diciplak kita akan tiru 100%.. Contohnye ejaan dia.. Kita akan tiru dengan maksud yang sama... Maksud pun berbeza kan?? Kerana bahasa Inggeris boleh punyai bayak maksud untuk sesatu perkataan kan?? contoh 'memory card' kau nak kata kad ingatan?? tak kan?? dalam BM dipanggil kad simpanan@memori.. maksudnye, BI tu masih ade kelebihannya walaupun BM pinjam Perkataannya... Tak paham?? Abaikan..
Banyak lagi aku nak explain sebenarnya tapi malas lah pulak.. heheheh... yang penting, bahasa Melayu tetap punyai identiti sendiri dan akan terus berkembang seiring minda masyarakat melayu hari ni.. *walaupun masih ade yang kolot.. Bila berkembang, maka terhasillah istilah-istilah baru yang mungkin di INSPIRASIKAN dan Bukan DICIPLAK... Mungkin dasarnya sama.. Namun, orang melayu ni kan kreatif, maka merekea olah perkataan dasar itu menjadi perkataan baru yang lebih bombastik.. Contohnya 'memorabilia' yang dasarnya dari 'memori' juga.. Tuntasnya, Bahasa Melayu perlu terus berkembang seiring pembangunan modal insan dan kemajuan negara.. Barulah kita boleh terus memartabatkan bangsa MELAYU tanpa ada pincangnya... Tapi, masyarakat hari ni susah nak terima pembaharuan dari sudut yang positif.. Malah, terus mengkritik dan mengkritik,.. Kemudian, bila tak ada pembaharuan, maka keluar juga kritikan dan caci maki hina buat pihak tertentu yang kononnya mengabaikan kepentingan anak bangsa sendiri.. Walhal, mereka sendiri yang kolot.. Bak kata peribahasa diluah mati emak, ditelan mati bapak.. kesian pihak-pihak tertentu...
p/s: entry ni bukan berbentuk perkauman@politik...
4 comments:
Macam mana kau eja MENYESAL tu? MENEYSEAL? o.O
Awek sorang ye. Kahkahkah. Budi bahasa budaya kita ~
suda edit~
pehhbole jadi ahli politik, kehkeh
kah kah kah.. perli ke ape?? hahaha
Post a Comment