Thursday, January 5, 2012

Bukan ini pintaku!

Salah ke aku nak luahkan apa yang aku rasa? Salah ke aku nak luahkan apa yang aku pendam? Kenapa buad aku rasa diri aku macam anjing?! Menyalak menyuarakan ketidakpuasan hati, seksa hati, kecil hati, dan rentan hati.. Sedangkan tak siapa hirau. Langsung tiada erti.. Tak ubah seperti sampah yang tak berguna..

Aku tak pernah mintak untuk orang selesaikan masalah aku.. Aku tak pernah mintak orang simpati dengan aku.. Cukuplah ada disisiku.. Dengar jeritan batinku.. Dengar ratapan ronta hati.. BUkan cacian, hinaan mahupun kutukan yang aku minta.. Cukup sekadar ucapan "sabar'.. Andai tak mampu juga.. Cukup sekdar senyum tanpa kata.. Buatkan ku rasa yang aku masih punyai insan yang benar-benar memahamiku sekalipun tidak..

Lontaran hatiku bukan diminta untuk jatuh ke tanah. Sambutlah meski dengan sebelah tangan.. Ucapkanlah kata hikmah.. Buktikan tiap bait kata janji bahawa memahami sikapmu.. Jangan bandingkan aku dengan yang lain. Sesungguhnya aku tak mampu menyaingi semuanya.. Aku tak mampu memenuhi kehendak semua.

Hargailah butir langkahku.. Bukan zarah khilafku kau megakan. Usah musuhi aku. Usah benci aku. Secalit benci tak pernah kekal dihatiku. Usah hukum ku begini lagi. Aku tak sanggup lagi. Aku bukan anjing. Aku mungkin anak kecil yang baru meniti butir bicara.. Meminta difahami tiap bait katanya.. Bukan dibiarkan meniti kata nista pada garis bibir manis.

Hati kecilku tak pernah berhenti menangis.. Nyata, tiada manusia menyukai setiap yang manusia lain lakukan. Dalami erti bait ini. Selamkan dirimu di dasar kata-kata ini., Setiap insan punya kelemahan sendiri.. Dan kelemahan diminta untuk dibaiki bukan dicaci. Ujarkan buah fikiranmu dengan keselarian akal. Logiknya ia, serta hakikatnya. Bukan hati mu landasan utama. Sebaliknya minda mu lapangan limpahan kewajaran.!

p/s: tak minta dipuji mahu dikritik.. Cukup sekadar ucapan bernas yang mampu menyentuh nubari insan kerdil itu!