Saturday, June 19, 2010

taDe TajOK...!!

salam sejahtera semua!!!
yeay... hari aku blogging ini ialah hari Sabtu okey... dah malam dan sudah hampir ke pertengahan malam dah pun!! alamak!! ini bermakna bahawa esok hari Ahad.. yelah.. Betul sangat la tu. memang tepat sekali... huh!! WTH ha? huhuh... kenapa cuti-cuti aku tahun ni rasa macam angin lalu je... sekejap sangat la..tak puas hamba nak bercuti...(walaupun hanya duduk kat rumah je)... ARGGHHHH!!!! tekanan la... aku inginkan cuti yang amat puas... baik berhenti sekolah je kan??? hahahha.... dan..... untuk pengetahuan semua juga, aku tak bersedia pun nak naik sekolah semula... uhuhuhuh.... semua kerja sekolah tak ada yang da siap pun.. Fullamak!! tahniah buat diriku ini.. bongok tol... kesah ke aku?? hahahah.... tapi, tapi dan tapi... aku dah bersedia untuk mengetahui keputusan peperiksaan pertengahan tahun aku.. wuhuhuhu.... bangga kah?? kecewa kah?? waaarrrghhhh!!!... sabar ye Rithau.. kata kau da sedia apa lah.. huhuh...
oh ya!!
pagi tadi, aku dah pergi ke kelas tambahan yang sungguh eksklusif yer kawan-kawan!!! apa lagi kalau bukan kelas tambahan ADD MATH.. huhuh... dan keputusan 'exam' aku pun dah diketahui... and YESS!!! tahniah buat diriku lagi sebab dapat 'C'... HOI!!! itu pon nak bangga kah? suka hati aku lah.. Blog aku oke.. kesah?? huh.. hehehehhe.. dan pagi tadi juga semua soalan telah dibincangkan,... sakitnya hati ini bila soalan itu dibincangkan hanya Tuhan sahaja yang tahu... yelah... masakan tidak, semua yang salah adalah kerana "CUAI".... (masakan?? yummy-yummy.. hahah) oleh itu, kawan-kawan sekalin, silalah berhati-hati tatkala nak jawab soalan ADD MATH... jangan tiru macam saya.. hahahha.... apakah?* jeng jeng jeng.... tiru orang yerk?? heheheh... jangan marah yer,, hehhe.. ok la... sekian untuk hari ni...
akhir kata dariku... SELAMAT BERSEKOLAH... YEah!! Chaiyok!!... wotak kaw...
p/s: semakin hari, semakin merepek... bila nak insaf ni?? hish!

Wednesday, June 16, 2010

DemaM!!!!!

Salam....
hah?? demam lagi ka wahai En. Rithau?? eeehhhh... nanti-nanti, ianya bukan seperti yang disangkalah... ternyata, seandainya aku demam lagi maka, pasti ada sesuatu yang tak kena pada diriku ni.. huhuh... ecececyh... poyo!! kesah ke?? hahahahah.. sebenarnya, aku nak menceritakan perihal ragam manusia hari ini... yelah!! sejak tiga empat menjak ni, kan FIFA World Cup di Afrika Selatan dah pun membuka tirai.. oleh itu, pastinya ramai kaum adam seluruh dunia khususnya di Malaysia sendiri rela bersengkang mata nih, semata-mata nak tonton perlawanan tersebut... hurm... betapa sanggupnya mereka, sama ada yang bujang sampailah yang dah beranak pinak mahupun cucu cicit dan cuit.. huhuh... kerana bola, sanggup bersengkang mata yerk abang-abang & pakcik pakcik.. tapi, cuba nanti kalau anak kecil menangis tengah malam lantaran lapar, tidak selesa dan sebagainya, belum tentu lagi mereka sanggup bersengkang mata nak jaga anak tu.. lebih menyedihkan, isteri pula yang terpaksa bersusah payah tengah-tengah malam. sudah macam tengok bola sepak juga.. hurm.. kesian mereka, dahla kena melahirkan, jaga pun mereka juga,.. bersimpati la sikit yek..
OOOOppps!
actually, aku bukanlah nak tulis pasal orang yang dah beranak pinak tapi pemalas ini.. tapi nak cerita tentang demam Bola Sepak yang melanda sekarang nih... huhuh... haiZ.. macam-macam fenomena sekarang ni... berbalik kepada hal FIFA ni... apa yang aku nak ceritakan ialah produk-produk yang dijual.. alahai.. kalau boleh sekarang ni, semua benda nak diletakkan unsur-unsur FIFA... aduhai!!! cukup-cukup lah tu.. bukan semua orang dalam dunia ni minat bola,... kasihanilah kami insan-insan yang tak berapa nak minat Bola Sepak ni.. heheh... pergi sana FIFA, pergi sini pon FIFA jugak.. hurm... tekanan pula nak berjalan-jalan... agaknya peminat bola sepak ni tak bosan ke asyik pandang perkatan "FIFA WORLD CUP 2010 SOUTH AFRICA" walau kemana pun mereka pergi.. nak muntah pon ade gak rasanya... kalau aku, daripada minat terus jadi tak minat... ( tapi mmg tak minat pun) hahahhaahh..... hurm.. tapi, nak buat macam mana kan, semua tu strategi perniagaan.. sama ada berjaya atau tidak, wallahualam.. jadi, aku disini hanya mampu meluakan perasaan kat sini je la.. takde cara lain lagi.. tak akan aku nak pergi kedai yang jual barang FIFA pastu hamun mereka kan?? mereka pun nak cari makan juga... biarlah.. lagipun, FIFA ni 4 tahun sekali je...

p/s: kalau ada "typing error" jangan marah yup.. faham-faham sendiri suda..!!

Sunday, June 13, 2010

~Ke'blur'an ~

Salam sejahtera & salam 1Malaysia wahai pembaca blogku yang budiman belaka...
sebenarnya aku tak tau nak tulis apa lagi kat blog nih...(perlu ke aku bagitau stiap kali blogging??) tah la... di tengah malam ni, tiba-tiba rasa nak blogging.. ooopsss... da ank pagi da... jam mnunjukkan pkul 02:03 am....(perlu ke bagitau??) so, aku pon, terus mencapai lappy kesayangan aku nih... wahahaha... gumbira nih, kerana lappy abg ipa aku rosak.. hehehe... so, aku bakal merajai broadband buat seketika... chewahhhh...(perasan)... hehhe.... sebelum blogging ni tadi, sempat juga la aku menskodeng bbrapa blog yang ternyata pasti berubah tiap kali cuti sekolah... huhuhuh... sape lagi klau bukan ANISS, IZZATY, dan AMA.. huhuh..... jeles la aku nih... almaklumlah, diri ini tidak erti mengubah-ubah blog... nak pandai-pandai gatal tangan nanti jadi lain pula blog ni.. hehhe.... jadi, aku hanya mengharapkan ANISS jela untuk me'renovate' blog aku nih... huhuhuh.... tapi, tak tahulah kapan waktunya bakal tiba... hehhe.... but, it's okay ANISS... aku tau kau sibuk... habiskan sibuk kau dulu yerk... hhohoh....
one more thing is... anda semua tak rasa poyo ke baca entries aku yang sebelum nih??? yang mana lagi kalau bukan yang menggunakan BAHASA MALAYSIA baku... huhuh.... mungkin terkena badi Cikgu Aziz kut... hahhahahahahah(gelak ala-ala cikgu aziz).. heeh.... actually, bila baca balik, aku tergelak seorang diri macam orang hilang rambut suku kepala... hahha.... ada ke?? buat-buat ada yerk... dan bila difikirkan balik, blog aku yang tiut miut ni sudahlah tiada pengunjung tetap.... followers terpaksa pula tu... bila guna bahasa poyo cengitu, mesti orang bosan kan?? heheh... so, kita ubah la semula.. dengan menggunakan bahasa yang lebih dekat dengan pembaca... ececececyh..... geli pula aku... hahahahah.... tapi, aku akan berusaha untuk mengekalkan ejaan yang betul demi memelihara kedaulatan Bahasa Melayu.. Hidup Melayu!!!... harap maaf, unsur perkauman adalah dilarang... ooopsss.... maap yerk.... heheh....
sekian untuk hari ni....
p/s: markah BM aku still Highest dlm clasz okeyh.... heheheh....

Saturday, June 5, 2010

AkU aDaLah sUsPEknyA>?????

assalamualaikum wahai pembaca yang budiman..
Apa khabar kalian? Diharapkan sihat hendaknya kerana adanya diriku kurang sihat. huhuhuhuhuh.... Menurut tajuk entry aku itu, hal ini membawa maksud bahawa diriku telah menjadi salah seorang suspek dalam serangan yang dilakukan oleh kumpulan yang diberi nama NYAMUK AEDES... Arghhhh...!!! Aku suspek DENGGI la wahai pembaca sekalian... huhuh... sungguh kasihan diriku ini.
Tapi, tak apalah. pasti ada hikmahnya disebalik kejadian ini.. Namun begitu, aku masih lagi berada pada tahap yang tidak merbahaya.. Jumlah PLATELETS dalam darah aku masih tinggi walaupun telah menurun daripada sebelum. suhu badan aku juga menurun dan aku tiada simptom-simptom seperti orang yang dijangkiti Demam Denggi.. huhuhuhuh.... pada hari isnin nanti juga aku perlu sekali lagi ke hospital untuk pemeriksaan darah kali ke-3(mangsa drakula)... heheheh... seandainya kandungan platelets menurun dibawah paras 100, aku akan ditahan di wad hospital... Justeru itu, aku ingin memohon jasa baik kalian semua untuk sama-sama mendoakan aku agar tidak ditahan di sana.. pengalaman pahitku tinggal dihospital amat ku kenang hingga hujung nyawa... chewahhh.... bukan kerana gangguan makhluk halus@hantu, tetapi makhluk kasar@manusia yang memang kasar dan tiada budi bahasa. hal ini sekali gus menimbulkan pandangan negatifku kepada kakitangan kerajaan... selebihnya nanti ku ceritkan..
wassalam...





Love Quote and Life Quote Pictures, Images and Photos