Saturday, June 5, 2010

AkU aDaLah sUsPEknyA>?????

assalamualaikum wahai pembaca yang budiman..
Apa khabar kalian? Diharapkan sihat hendaknya kerana adanya diriku kurang sihat. huhuhuhuhuh.... Menurut tajuk entry aku itu, hal ini membawa maksud bahawa diriku telah menjadi salah seorang suspek dalam serangan yang dilakukan oleh kumpulan yang diberi nama NYAMUK AEDES... Arghhhh...!!! Aku suspek DENGGI la wahai pembaca sekalian... huhuh... sungguh kasihan diriku ini.
Tapi, tak apalah. pasti ada hikmahnya disebalik kejadian ini.. Namun begitu, aku masih lagi berada pada tahap yang tidak merbahaya.. Jumlah PLATELETS dalam darah aku masih tinggi walaupun telah menurun daripada sebelum. suhu badan aku juga menurun dan aku tiada simptom-simptom seperti orang yang dijangkiti Demam Denggi.. huhuhuhuh.... pada hari isnin nanti juga aku perlu sekali lagi ke hospital untuk pemeriksaan darah kali ke-3(mangsa drakula)... heheheh... seandainya kandungan platelets menurun dibawah paras 100, aku akan ditahan di wad hospital... Justeru itu, aku ingin memohon jasa baik kalian semua untuk sama-sama mendoakan aku agar tidak ditahan di sana.. pengalaman pahitku tinggal dihospital amat ku kenang hingga hujung nyawa... chewahhh.... bukan kerana gangguan makhluk halus@hantu, tetapi makhluk kasar@manusia yang memang kasar dan tiada budi bahasa. hal ini sekali gus menimbulkan pandangan negatifku kepada kakitangan kerajaan... selebihnya nanti ku ceritkan..
wassalam...





Love Quote and Life Quote Pictures, Images and Photos

2 comments:

HageNana said...

aku doakan kau sihat2 itau!!aminn

rithau_al_deen said...

ouh ama,,,... tq