Saturday, December 4, 2010

Lelaki Dan Perempuan Perlu Tahu...

Salam muhibbah semua. Dan salam 1 Malaysia juga.. heheh...
Okeyh, nampak tajuk entry aku? Sure la nampak kan.. Hari ini entry ni macam berbentuk ilmu sikit.. hehehhe.... Selama ni entry aku lebih kepada aktiviti harian aku kan, so aku nak bagi informasi sikit buat kalian followers aku yang kiut miut lagi kemut.. hahah... *(jangan marah ye)..
Actually, aku jumpa benda nih semasa aku tengah bosan-bosan online Facebook.. hehehe... Dan, aku sungguh tertarik dengan isi kandungan Note nih.. Justeru itu, aku nak buat sikit Konklusi disini... oh yeah!!

Lelaki perlu tahu wanita ni:

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi cuma ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi.
  5. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling.
  6. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, but, mereka masih tahu erti bermanja ok!
  7. Ego : WANITA juga sanggup ketepikan egonya demi org yang dicintai.. *sigh
  8. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  9. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. So, tak heran sangat la dengan seks ni.. haha


Perempuan juga perlu tahu :

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan dia selesa dengan wanita tu *(mungkin)
  3. Selalunya, lelaki tidak tahu perasaan sebenar yang dirasakan wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.* ( so true )
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita.. * erk!!
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  9. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sedang bersikap jujur n tolonglah paham
  10. Adalah biasa lelaki cemburu bila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  11. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..
  12. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  13. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih.
  14. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  15. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  16. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi.

So, itulah antara isi-isi Note tu.. tapi, aku dah edit sikit atas dasar kurang setuju.. heheh... Kemungkinan ada benarnya apa yang dikatakan ni.. Oleh itu, apa kata kalau anda semua cuba memahami perasaan n jiwa pasangan masing-masing demi memelihara hubungan baik kalian. haaaa gitu! cewah! En. Deen ni macam la faham sangat perasaan orang.. Especially Perempuan.. huhuhu....

p/s: En. Deen rindu orang tersayang!




No comments: